BilikGuru uruskan RPH, PBD dan kehadiran untuk cikgu Malaysia β supaya kerja kertas tak ikut anda balik rumah. Muat naik DSKP sekali, RPH mingguan siap sendiri.
Tulis RPH yang sama berulang kali setiap hujung minggu
Salin markah PBD dari buku ke Excel tengah malam
Borang kehadiran hilang sebelum sempat dikira
Tak pasti standard pembelajaran mana yang belum diajar
Setiap bahagian guna maklumat yang sama. Takwim tahu bila minggu persekolahan bermula, DSKP tahu standard mana yang ada.
Muat naik DSKP dan RPT sekali. Lepas itu RPH mingguan dijana ikut jadual dan takwim anda, lengkap dengan standard pembelajaran yang betul β bukan template kosong.
Rekod TP setiap murid terus dari telefon masa mengajar. Tak perlu taip semula ke Excel malam nanti.
Tanda satu kelas kurang dari seminit. Analisis mingguan, bulanan dan tahunan terkumpul sendiri.
Penguasaan dan liputan SP dikira sendiri untuk semua kelas. Murid bawah TP 3 disenaraikan supaya tiada yang terlepas pandang.
Jana bahan bantu mengajar dan set soalan ikut standard yang anda sedang ajar, lepas itu muat turun sebagai fail Word.
Nombor minggu persekolahan langkau cuti penggal macam takwim rasmi, jadi RPH anda tak tersasar pertengahan tahun.
BilikGuru jalan terus dalam browser, tapi boleh dipasang ke skrin utama dalam tiga langkah. Lepas itu ia buka penuh skrin, dan kehadiran serta PBD tetap boleh direkod walaupun internet sekolah putus.
1. Tekan butang Share
Ikon kotak dengan anak panah ke atas, di bar bawah Safari.
2. Pilih βAdd to Home Screenβ
Skrol sedikit ke bawah dalam menu itu.
3. Tekan βAddβ
BilikGuru terus muncul di skrin utama macam app biasa.
Daftar, muat naik DSKP, dan jana RPH pertama hari ini juga. BilikGuru masih dalam beta β semua ciri terbuka, tiada apa nak dibayar.
Daftar sekarang